Awan gelap Jahiliyah telah menutupi
sepenuhnya Jazirah Arab. Perbuatan buruk dan haram, perang berdarah,
perompakan, dan pembunuhan bagi memusnahkan seluruh kebajikan telah
menyebabkan masyarakat Arab berada dalam situasi yang hina dan penuh
kederhakaan. Pada waktu itulah muncul bintang pagi kemakmuran; suasana
gelap itu kini disinari kelahiran Nabi Suci yang dinanti-nantikan.
Mulalah langkah awal menuju pembangunan peradaban, kemajuan, dan
kemakmuran bagi bangsa terbelakang ini. Segera cahaya ini menyinari
seluruh dunia; asas-asas pengetahuan, kearifan, dan peradaban pun
diletakkan.
Pada saat itulah lahir seorang nabi yang bernama Muhammad. Ya Muhammad bin Abdullāh (lahir di Mekkah, 20 April 570 – meninggal di Madinah, 8 Juni 632 pada umur 62 tahun) adalah seorang nabi dan rasul yang terakhir bagi umat Muslim. Muhammad menciptakan ajaran dan ilmu pengetahuan berupa agama Islam. Para penulis sirah (sejarah/biografi)
Nabi umumnya sepakat bahawa Nabi Muhammad lahir di Tahun Gajah 570 M.
Adalah pasti bahawa baginda kembali ke sisi Allah tahun 632 M. Bila saat
itu usianya 62-63 tahun, bererti baginda lahir tahun 570 M.
Hampir semua ahli hadis dan sejarawan
sepakat bahawa Nabi lahir di bulan Rabiulawal, walaupun mereka berbeda
pendapat tentang tanggalnya. Ulama-ulama Ahlus Sunnah Wal Jemaah sepakat
bahawa baginda lahir pada hari Isnin, tanggal 12 bulan yang sama. Nabi yang lahir bertepatan degan serangan pasukan gajah ke mekkah itu memiliki silsilah dari kedua orang tuanya kembali ke Kilab bin Murrah bin Ka'b bin Lu'ay bin Ghalib bin Fihr (Quraish) bin Malik bin an-Nadr (Qais) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah (Amir) bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma`ad bin Adnan. Adnan merupakan keturunan laki-laki ke tujuh dari Ismail bin Ibrahim, yaitu keturunan Sam bin Nuh.
Lebih lengkap silsilahnya dari Muhammad hingga Adam adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr
(Quraisy) bin Malik bin Nadhr bin Kinanah bin Khuzayma bin Mudrikah bin
Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan bin Udad bin al-Muqawwam
bin Nahur bin Tayrah bin Ya'rub bin Yasyjub bin Nabit bin Ismail bin Ibrahim bin Tarih (Azar) bin Nahur bin Saru’ bin Ra’u bin Falikh bin Aybir bin Syalikh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh bin Lamikh bin Mutusyalikh bin Akhnukh bin Yarda bin Mahlil bin Qinan bin Yanish bin Syits bin Adam.
Nasab ini disebutkan oleh Muhammad bin Ishak bin Yasar al-Madani di salah satu riwayatnya. Nasab rasulullah sampai Adnan disepakati oleh para ulama, sedangkan setelah Adnan terjadi perbedaan pendapat. Maksud dari Quraisy adalah putra Fihr bin Malik atau an-Nadhr bin Kinanah.
Memberi Nama kepada Nabi
Hari ketujuh kelahiran telah tiba. Seekor domba
disembelih Abdul Muttalib sebagai ungkapan rasa syukurnya kepada Allah.
Sejumlah orang dijemput untuk menghadirinya. Di hari perayaan yang
besar itu, dihadiri oleh kebanyakan orang Quraisy, ia menamakan cucunya
“Muhammad”. Ketika ditanya mengapa ia menamakannya Muhammad padahal nama
itu jarang dipakai orang Arab, ia menjawab, “Saya berharap ia terpuji
di syurga mahupun di bumi.”
Dalam kaitan ini, Hasan bin Tsabit
berkata, “Sang Khaliq mengambil nama Rasul-Nya dari nama-Nya sendiri.
Dengan demikian, sementara Allah adalah Mahmud (terpuji), Nabi-Nya
adalah Muhammad (patut dipuji). Kedua-dua kata ini diambil dari akar
kata yang sama dan mengandungi makna yang sama pula”.
Pastilah bahawa ilham suci memainkan
peranan dalam pemilihan nama ini, kerana walaupun nama “Muhammad”
dikenali di kalangan orang Arab, hanya segelintir orang hingga waktu itu
yang diberi nama yang sama. Menurut bancian yang pasti, yang
dikumpulkan para sejarawan, hanya enam belas orang yang diberi nama ini
sebelum Nabi.”
Hampir tak perlu dikatakan, semakin
sedikit suatu kata digunakan, semakin kecil pula peluang salah faham
tentang kata itu. Kerana Kitab-kitab Suci telah meramalkan kedatangan
Islam berikut nama serta tanda-tanda rohaniah dan jasmaniah yang khusus
dari Nabi, maka tanda-tandanya haruslah demikian jelas sehingga tidak
muncul suatu kekeliruan. Salah satu tanda itu adalah nama Nabi. Penting
bahawa nama itu harus dipakai oleh demikian sedikit orang sehingga tidak
ada keraguan atas identitinya, khususnya bilamana sifat dan
tanda-tandanya dicantumkan. Dengan begitu, orang yang kemunculannya
telah diramalkan oleh Taurat dan Injil ini dapat dikenali dengan mudah.
Al-Quranul Karim menyebut dua nama Nabi. Dalam surah Ali Imran ayat
(138), Muhammad ayat (2), al-Fath ayat (29), dan al-Ahzab ayat (4),
baginda disebut Muhammad, sedang dalam surah ash-Shaf ayat (6), baginda
disebut Ahmad. (Perbezaan ini, sebagaimana dicatat sejarah, adalah
kerana ibunda Nabi sudah menamainya Ahmad sebelum datuknya menamai
Muhammmad).
Masa Menyusui Nabi
Nabi disusui ibunya hanya selama tiga hari. Selepas itu, dua wanita lain mendapat kehormatan menjadi ibu susunya.
a. Suwaibah: wanita hamba sahaya Abu Lahab.
Ia menyusui Nabi selama empat bulan,
dan kerap mendapat pujian Nabi dan isterinya yang soleh, Khadijah,
sepanjang hidupnya. Setelah dilantik sebagai Nabi, Nabi berniat
membelinya. Baginda mengirim seseorang menghadap Abu Lahab untuk
mengadakan tawar-menawar, namun Abu Lahab menolak menjualnya.
Bagaimanapun, Suwaibah menerima bantuan dari Nabi sepanjang hidupnya.
Sekembalinya Nabi dari Perang Khaibar, berita kematian Suwaibah sampai
kepada baginda. Tanda kesedihan terlihat di wajahnya. Baginda mencari
putera Suwaibah, dengan maksud memberi bantuan, tapi baginda dilaporkan
bahawa anak Suwaibah juga sudah meninggal lebih dahulu.
b. Halimah: puteri Abi
Zuwaib dari suku Sa’ad bin Hawazan. Ia mempunyai tiga anak: Abdullah,
Anisah, dan Syima’. Syima’ juga turut mengasuh Nabi.
Sudah menjadi kebiasaan, keluarga
bangsawan Arab mempercayakan anak-anaknya kepada wanita penyusu.
Biasanya para ibu susu itu tinggal di luar kota, sehingga anak-anak
dapat dibesarkan di udara gurun yang segar serta tumbuh kuat dan sihat.
Selain itu, di persekitaran gurun, anak-anak juga tak mudah ketularan
penyakit seperti di kota Makkah. Mereka juga dapat belajar bahasa Arab
di kawasan yang masih asli ini. Para penyusu suku Bani Sa’ad sangat
terkenal di kawasan ini. Mereka mengunjungi Makkah pada waktu-waktu
tertentu, lalu masing-masing membawa pulang seorang bayi.
Empat bulan selepas kelahiran Nabi,
ibu-ibu penyusu Bani Sa’ad mengunjungi Makkah. Tahun itu mereka sedang
mengalami kemarau yang teruk, sehingga sangat memerlukan pertolongan
keluarga-keluarga bangsawan.
Bayi Quraisy yang baru lahir itu tidak mahu mengisap buah dada wanita
penyusu mana pun. Kebetulan Halimah datang dan anak itu pun menyusu
padanya. Keluarga Abd al-Muttalib sangat gembira. Abd al-Muttalib
berkata kepada Halimah, “Engkau dari suku mana?” Jawabnya, “Dari suku
Bani Sa’ad”. Lalu Abd al-Muttalib menanyakan namanya. Abd al-Muttalib
sangat gembira mengetahui nama dan sukunya seraya berkata. “Bagus!
Bagus! Dua kebiasaan yang baik dan dua sifat yang mulia. Yang satu
kebahagiaan dan kemakmuran, dan yang lainnya kelembutan dan kesabaran.”
Masa Kanak-Kanak Nabi
Sejarah meriwayatkan bahawa kehidupan
Nabi penuh peristiwa menakjubkan sejak masa awal masa kanak-kanak hingga
kerasulannya. Semuanya mengandungi aspek kebesarannya. Keseluruhannya
menunjukkan bahawa kehidupan Nabi tidaklah biasa.
Kini kita tampilkan dua kejadian dari
sejarah hidup Nabi yang misteri dan ajaib. Bila kisah ini dihayati, maka
ianya adalah meyakinkan kita tentang kebesaran dan kemuliaan Nabi SAW.
a. Halimah berkata: “Ketika memikul
tanggungjawab membesarkan bayi Aminah, saya memutuskan menyusui sang
bayi di situ juga di hadapan ibunya. Saya masukkan puting buah dada kiri
yang berisi susu ke mulutnya, tetapi si bayi lebih suka susu sebelah
kanan. Padahal buah dada kanan itu tak ada susunya sejak kelahiran anak
saya yang pertama. Kerana desakan si bayi, saya menyusuinya dengan
sebelah kanan yang kosong itu dan, sebaik saja ia menghisap, sumber yang
kering itu pun berisi penuh susu. Kejadian itu membuat semua yang hadir
kehairanan.”
b. Halimah juga mengatakan: “Sejak membawa Muhammad ke rumah, saya menjadi lebih makmur. Harta dan ternak saya meningkat.”
Kita dapati peristiwa serupa dalam
Al-Quranul Karim berkaitan dengan Maryam (ibunda Nabi Isa). “Maka rasa
sakit akan melahirkan anak memaksa ia bersandar pada pangkal pohon
kurma. Dia berkata, ‘Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan
aku menjadi sesuatu yang tidak berguna serta terlupakan.’ Maka Jibril
menyerunya dari tempat yang rendah, ‘Janganlah kamu bersedih hati,
sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu dan
goyanglah pangkal pohon kurma ke arahmu, nescaya pohon itu akan
menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.”(Surah Maryam : 23-25)
Memang terdapat perbezaan besar antara
Maryam dan Halimah dari sisi kedudukannya, dan perbezaan serupa juga
ada di antara dua bayi itu. Namun, jika martabat dan keunggulan peribadi
Maryam menjadikannya memperolehi rahmat Ilahi, maka tidak mustahil
kedudukan dan darjat si bayi Muhammad di kemudian hari menjadikan ibu
susunya layak mendapat kurnia Allah.
Lebih jauh kita ketahui tentang Maryam
dari Al-Quran. Kesucian dan kesolehannya telah mengangkatnya sedemikian
rupa sehingga, “Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di
mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata, ‘Dari mana kamu
memperolehi (makanan) ini?’ Maryam menjawab, ‘makanan itu dari sisi
Allah.”(Surah Ali Imran : 37)
Berdasarkan ini, tidak seharusnya kita ragu akan kebenaran mukjizat Nabi, apalagi menganggapnya mustahil.
Lima Tahun di Gurun
Nabi tinggal selama lima tahun bersama
suku Bani Sa’ad dan tumbuh sihat. Selama itu, ada dua atau tiga kali
Halimah membawanya menemui ibunya.
Kali pertama Halimah membawanya kepada
ibunya adalah ketika masa menyusuinya selesai. Namun, Halimah mendesak
Aminah untuk mengembalikan anaknya kepadanya. Alasannya, anak itu telah
menjadi sumber kurnia dan rahmat baginya. Alasan ibunya mengabulkan
permintaan Halimah adalah lantaran wabak penyakit sedang melanda Makkah
waktu itu.
Kali kedua Halimah membawa Muhammad ke
Makkah bertepatan dengan datangnya sekumpulan pendita dari Etiopia di
Hijaz. Mereka melihat anak itu di kalangan suku Bani Sa’ad. Mereka
mendapatkan bahawa semua tanda Nabi yang akan datang sesudah Nabi Isa,
sebagaimana disebutkan dalam Kitab-kitab Suci, ada pada anak itu. Kerana
itu, mereka memutuskan untuk menguasai anak itu bagaimanapun caranya,
dan akan membawanya ke Ethiopia, supaya negeri itu memperolehi
kehormatan mempunyai Nabi.
Sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran,
tanda-tanda Nabi Muhammad telah diceritakan dalam Injil. Oleh itu,
sangatlah wajar bila para pendita waktu itu dapat mengenali orang yang
tanda-tandanya lengkap. Al-Quran mengatakan dalam kaitan ini. “Dan
ingatlah ketika Isa Putera Maryam berkata, ‘Hai Bani Israil,
sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang
turun) sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (akan
datangnya) seorang rasul sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).’ Tapi
tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang nyata,
mereka berkata, ‘Ini adalah sihir yang nyata.”Suarh Ash-Shaf : 6.
Ada lagi ayat lain yang menunjukkan
dengan jelas tanda-tanda Nabi Muhammad di dalam Kitab-Kitab Suci, dan
orang-orang terdahulu mengetahui hal itu dalam Surah Al-A’raf : 157.
Semoga bermanfaat Wassalamualaikum wr. wb.
0 comments:
Post a Comment